suara anak borneo

Thursday, February 24, 2011

kekasih YanG diRindu......

SaLam MauLiDur RasuL...


Wahai kekasih yang dirindui,sesungguhnya ummah ini merinduimu.

mesti semuanya tertanya-tanya kan, siapa kekasih yang aku rindui... sebenarnya bukan kekasih untuk aku sahaja, Namun,apa yang aku maksudkan ialah kekasih untuk semuanya..Kekasih Allah dan semestinya kekasih pada kita..

Rasulullah S.A.W......

betapa besarnya pergorbananmu Ya Rasulullah....

teringat lagi zaman sekolah agama dulu, SMK AGAMA KOTA KINABALU, tiba tarikh 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 rabiul awal 1432H , maka masa tulah banyak majlis-majlis ilmu yang akan diadakan...

paling best sekali ceramah, ketika itulah baru kita sedar yang pengorbanan Rasulullah S.A.W adalah yang paling besar dan penuh bermakna sekali, semuanya untuk umat nya termasuklah aku sendiri...

Sama-sama kita meningkatkan selawat ke atas Baginda sebagai tanda memperingatinya..Allahumma sholli alaa sayyidiinaa Muhammad..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi kepada semua warga UKM, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari jumaat di prsekitaran UKM Bangi iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.


Ya Allah,selawat dan salam keatas baginda,ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat radhiallahuanhum,tabi’, tabi’in,dan mereka yang masih berpegang teguh kepada sunnah yang tidak lapuk ditelan zaman.

Ya Allah..masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus dan ditempatkan bersama baginda..Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam..Dan harap kami mendapat syafaat baginda di Akhirat..Amin.Ya Rabbal Alamin..Nabi meninggalkan ummat ini dengan dua perkara yang mana kalau kita berpegang dengan kedua-duanya,kita tidak akan tersesat buat selama-lamanya.dua perkara tersebut adalah al-quran dan as-sunnah.baginda tidak meninggalkan dinar dan perak buat ummatnya,tetapi baginda meninggalkan ilmu yang akan menyelamatkan manusia ini daripada api neraka.

amin ya rabbal alamin...

lagu yang paling best ku dengar
:

kekasih yang dirindui (Nazrey Johani)

aku duduk sendirian merindu
pemergian seorang kekasih
walau lama penantian ku ini
aku yakin pasti bertemu

aku tahu padanya tiada mungkin
kerna itu bukanlah sifatnya
di akhirat kan bersua lagi
dengan mereka yang merinduinya

* kerna dia telah pun berjanji
akan memberi syafaatnya nanti
saat itu pasti kan terjadi
pada umatnya yang bertakwa

** telah beribu tahun sudah berlalu
keagungannya pernah berlaku
sejarahnya akan berulang lagi
sebelum tibanya kehancuran

namun yang percaya hanyalah mereka
yang rindukan kekasih
namun yang merindu hanyalah mereka
yang selalu berselawat

ya nabi ya rasul
salamun alaik
ya habib
salamun alaik
: