suara anak borneo

Monday, February 6, 2012

MAri BerSelawat Ke atas Nabi S.A.W.....

Kelebihan Berselawat Ke atas Nabi S.A.W Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”: 1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t 2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kpd Rasulullah S.a.w. 3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat 4. bersamaan dgn selawat para malaikat 5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat 6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat 7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat 8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t. 9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w 10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban 11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita 12. dikurniakan makam hampir kepada Rasulullah s.a.w. 13. mendapat darjat al-sidq 14. ditunaikan segala hajat 15. selamat sejahtera pada hari kiamat 16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat 17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga 18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat 19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan 20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa 21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu 22. tidak akan merasai fakir 23. terpelihara dari sifat bakhil 24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w 25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga 26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis yang sia-sia 27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat 29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh 30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak 31. mendapat keberkatan Allah 32. mendapat kesempurnaan iman 33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. 34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t. 35. setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung 36. teguh pendirian dengan kebenaran 37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. keatas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w kepada kita 38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t. 39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t. 40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri 41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan didatangi gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya 42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. makam seorang Syeikh dan Murabbi. Marilah berselawat ke atas nabi, junjungan mulia!

Thursday, January 5, 2012

kerja oh kerja~

pejam celik, pejam celik dh 3 bulan kerja kt Tesco, byk btol pngalaman yg ku dapat... niat nak kerja sana pn slen nk cari duet poket, sbnrnya nk kuruskn badan... akhirnya berat bdan ku dh susut 78kg (dulu 89kg tau)... alhamdulillah,kebarangkalian mndapat pnyakit pn kurg sket (lemah jantung, darah tinggi & kencing manis)... byk ilmu yg ku dpt sbnrnya.. slen merasa kerja sbgai org bwh( dlm bahasa pasar: kuli), dpat membezakan kategori brg, brg2 yg mahal, yg selalu di curi, brg2 yg mngandungi bahan kimia & brg2 yg mnjdi tmpuan pelanggan... yg best skg dh pandai bawa lift truck & forklift... bkn smua org bole bwa sbnrnya, sbb memerlukn latihan yg ckup utk mhir mengendalikn kdua2nya... alhamdulillah, byk btol ilmu yg ku dpt kerja kt tesco... nk tahu benda yg paling ku benci time nk kire2 brg... ( org pggil condensing)... pling benci n sbnrnye xnk sentuh langsung...... tpi kkdg trpksa buat jgk.. he2.. slen dpt sgla ilmu yg dnyatakn tdi, pling bes dpt berkenalan ngn staff kt TESCO... mbe pling baik ku Saimi, setiap nk g mne2 mst ngn die.. sbb die ni lawak sket...ngn die mst asyik nk gelak je... slen tu kwn2 di departmnt ku, saratha, kak ain, abg amir, nizam, kishen, ravi ngn smua dak backoffice... byk bos yg ku syg sbnrnye, terutamanya en. ariff... skg ni bos bru TEsco Scott Garden, en. wan pn mmg bos yg baik wlupn kkdg brsikap tegas.... mudah2an segalanye akn brjln ngn lancar.. insyaALLAH tahun ni trget nk kerja kerajaan.. doakn kejayaan ku.... boring2 nt, nk tulis bnda lain pla... ~tammat~

Friday, December 30, 2011

azam tahun baru~

pelbagai suka duka telah ku tempuhi dalam tahun 2011..... dari pengalaman manis yang menyeronokkan hinggalah kenangan pahit yang tidak dapat ku lupakan.....
semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya.... memandangkan aku telah habis belajar, semoga aku mendapat kerja yang baik dan kerja yang bole menjamin masa depanku....

Thursday, February 24, 2011

kekasih YanG diRindu......

SaLam MauLiDur RasuL...


Wahai kekasih yang dirindui,sesungguhnya ummah ini merinduimu.

mesti semuanya tertanya-tanya kan, siapa kekasih yang aku rindui... sebenarnya bukan kekasih untuk aku sahaja, Namun,apa yang aku maksudkan ialah kekasih untuk semuanya..Kekasih Allah dan semestinya kekasih pada kita..

Rasulullah S.A.W......

betapa besarnya pergorbananmu Ya Rasulullah....

teringat lagi zaman sekolah agama dulu, SMK AGAMA KOTA KINABALU, tiba tarikh 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 rabiul awal 1432H , maka masa tulah banyak majlis-majlis ilmu yang akan diadakan...

paling best sekali ceramah, ketika itulah baru kita sedar yang pengorbanan Rasulullah S.A.W adalah yang paling besar dan penuh bermakna sekali, semuanya untuk umat nya termasuklah aku sendiri...

Sama-sama kita meningkatkan selawat ke atas Baginda sebagai tanda memperingatinya..Allahumma sholli alaa sayyidiinaa Muhammad..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi kepada semua warga UKM, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari jumaat di prsekitaran UKM Bangi iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.


Ya Allah,selawat dan salam keatas baginda,ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat radhiallahuanhum,tabi’, tabi’in,dan mereka yang masih berpegang teguh kepada sunnah yang tidak lapuk ditelan zaman.

Ya Allah..masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus dan ditempatkan bersama baginda..Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam..Dan harap kami mendapat syafaat baginda di Akhirat..Amin.Ya Rabbal Alamin..Nabi meninggalkan ummat ini dengan dua perkara yang mana kalau kita berpegang dengan kedua-duanya,kita tidak akan tersesat buat selama-lamanya.dua perkara tersebut adalah al-quran dan as-sunnah.baginda tidak meninggalkan dinar dan perak buat ummatnya,tetapi baginda meninggalkan ilmu yang akan menyelamatkan manusia ini daripada api neraka.

amin ya rabbal alamin...

lagu yang paling best ku dengar
:

kekasih yang dirindui (Nazrey Johani)

aku duduk sendirian merindu
pemergian seorang kekasih
walau lama penantian ku ini
aku yakin pasti bertemu

aku tahu padanya tiada mungkin
kerna itu bukanlah sifatnya
di akhirat kan bersua lagi
dengan mereka yang merinduinya

* kerna dia telah pun berjanji
akan memberi syafaatnya nanti
saat itu pasti kan terjadi
pada umatnya yang bertakwa

** telah beribu tahun sudah berlalu
keagungannya pernah berlaku
sejarahnya akan berulang lagi
sebelum tibanya kehancuran

namun yang percaya hanyalah mereka
yang rindukan kekasih
namun yang merindu hanyalah mereka
yang selalu berselawat

ya nabi ya rasul
salamun alaik
ya habib
salamun alaik
:






Wednesday, January 26, 2011

UKM BIKERS....

hai...
berjumpa lagi....
kali ini saya akan bawa anda ke satu maklumat tentang UKM BIKERs....




(gambar di atas) baju rasmi ukm biker dari belakang....

teAm UkM bikeRs....
saje nk konGsi ngn koRg....
nak Tau, teaM uKM biKers ni, bru je ditubuhkan....
org yg jd tulang belakang team ni en. Bisha(gambar kat bawah)....


first event ktorg pergi ke Port Dickson....
berkayuh dari ukm ke sana...

event tu la first kamsah join kt ukm...
n first tym jgk berbasikal, dah 6 tahun xberbasikal kan, mklum la, duk dlm asrama je kn....
sbnrnya program ke PD pun sbb KOKe dak2 kolej utk tahun 2....
ni join pn sbb dlu kamsah join kelab sukan & rekreasi kolej ibu zain....
yg besnya dpt berkayuh bersama2 team dari mpkj termasuklah Dato' Hasan Nawawi (YDP MPKj).... mmg pengalaman pling bes la dlm hidup...
jauh kowt, dlm 70km pergi sahaja...
hehee...
mmg hitam la pergi sna(padahal mmg hitam jgk kn)...
lagi satu ktorg pergi pada 10.10.10(tym tu ramai yg khwin kn termasuk lah angkasawan negara kita...
hehee....
kt sana pla dpt tdo kt hotel yg org kira mewah jgk la...

2nd event, ktorg pg putrajaya....
UKM-UITM-MPKj....
besla, dpt berkenalan dgn team2 dari uitm(ingatkan ada awek, rupanye xde)....
berkayuh dari ukm ke putrajaya pastu lepak ngn team UiTM & MPKj kat kedai sate kajang Haji Samuri...
makan sate, sate paling sedap di Malaysia...

lepas tu ktorg join program dengan kementerian kesihatan hulu langat....
program 'Le Tour De Cy'Combi Squad' pada 19.12.2010.....
dlm jarak 20km jgk la...
yg besnye, ade awek & tym tu ada artis Arash Muhammad, pelakon terkenal...
sempat jgk bergambar dgn dia....
kayuhan tu berakhir kt Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, tym tu team MPKj & PujiMac pn turut join...
besla, mengeratknn silaturrahim....


lpas tu ktorg join kayuhan tahun baru (Putrajaya Inter-Park Ride....
program ni pn berjalan kt putrajaya jgak...
dlm seribu lebih bikers jgk yg join....
ramai la, siap ade lampu2 lagi, mmg ceria la mlm tahun baru...
tp yg besnye, berbasikal pd waktu mlm...
sejuk & seronok...
31.12.2010(jumaat)....


baru2 ni, ukm Bikers jga join program Ride 4 Gaza pada 15.1.2011...
dirasmikan oleh Menteri Belia & Sukan, anjuran AMAN Palestine...
yg besnya ramai bekas2 pelumba basikal negara turut serta....
dan yg besnya kamsah bertuah dpt cabutan bertuah tu, hehee...
alhamdulillah...
dlm bulan februari ni ukm biker akn join program kt putrajaya jugak & insyaALLAH dlm bulan 4 akn bersama2 dgn team MPKj utk ke China...
besnyer...
tu la serba sedikit tentang UKM BIKERs....
sekarang ni UKM Biker dh mkin bertambah ahlinya...
seronok bersama UKM BIKERS ni sebenarnya...

faedah yang akan diperolehi:

a) badan akan sentiasa sihat (badan sihat otak cergas)...
b) kaki akan bertambah kuat (bole berlari laju kalau dikejar monyet)...
c) dapat berkenalan dengan orang2 yg bukan dari ukm (cewek2)...
d) dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli...
e) mendapat sedikit pengetahuan tentang penggunaan basikal & utk mnyelenggara basikal...
f) menjadi terkenal........



p/s: sila tengok gambar di bawah kalau anda tidak percaya...


UKM BIKERS MANTAP!!!!



bergambar dengan dato' hasan nawawi..
4 dari kanan...




hak cipta terpelihara.....

Tuesday, January 25, 2011

amalan pemakanan yang sihat....

sekarang ni, semakin ramai menghidap penyakit terutamanya golongan remaja...
huhuu...

penyakit2 yang 'popular' adalah seperti sakit jantung, batu karang, kencing manis, kanser, kerosakan gigi, asma dan yang banyak kita nampak sekarang masalah
kegemukan(obesiti)...

tahukah anda, malaysia diletakkan dalam ranking ke4 jumlah penyakit diabetes di Asia....
ish2...

walaupun byk sbb lain yg bole mngundang pnyakit ini, punca utama adalah sikap manusia itu sndiri yang tidak mahu mngawal pemakanan dan makan mngikut nafsu terutamanya remaja...

mcm mna remaja skg yg diagung2kn akn mnjadi pemimpin masa hadapan nak berjaya dan dapat menangani masalah2 negara klu bnda2 kecik mcm ni pn xdpt nk atas
i....
kan2???

jadi dsni, saya ingin berkongsi sedikit petua2, bagi umat islam, umat Nabi Muhammad SAW, skg ni pn kita dh jarang mengikuti sunnah & amalan Baginda SAW kn...
mari la kita bersama2 mengikuti apa yang Nabi telah amalkan semasa hayat Baginda SAW.....

nak tau,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2.
wah, betapa hebatnya Rasulullah kan....

SUBHANALLAH.....
ALLAHUAKBAR.....

apa kata kalau kita ikut amalan diet ini kawan2 semua...
xpayahlah susah2 makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kita ikut diet Rasullullah
ini, dijamin kita xkan sakit perut ataupun keracunan makanan....

antara contoh2 petua diet RASULULLAH SAW.:


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA...



Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaALLAH jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sama-samalah kita mengamalkannya....
semoga kita semuan dihindarkan dari segala penyakit.....
insyaALLAH...
amin....

p/s: jom la kita jaga makan minum kita dari sekarang....

Sunday, January 23, 2011

hari paling bertuah part.2....





hai hai....

assalamualaikum wbt...
fuh, bru je blik dari kelas...
sblom g kelas tu jump en. rodzi(penyelia tesis) bincang psal tesis....
semangt semakin berkobar2,alhamdulillah,pape pn thanx en. rodzi....
en.rodzi pensyarah sejarah, dia terer bahagian konfrantasi indonesia-malaysia....
dlu pn ingt nak bt tesis tntang tu, tp sngkut dtgh jln....
hehee...
pape pn, doakn kejayaan kamsah...
smoga dpt konvo sma2 dorg rahman, kama, zamri & syukri xlupa c angai...
amin...

berbalik kepada tujuan asal sy tulis blog ni, ni merupakn kesinambungan kpd episod yg pertama berkaitan dgn hari bertuah sy yg sy tulis sblom ni(ayat skema skit)...

15.1.2011, tarikh yg penuh bermakna kowt...
mmg bermkna pn bg kamsah...
dah la pagi tu dpt cabutan bertuah first prize,
ptg tu pla dpt hadiah...
nak tau hadiah pe...
jeng2...

ok la, dipendekkan cerita, lpas je blik dri putrajaya tu, topup then kol umi & family bgtau dorg tntg dpt tiket pergi blik ke perth australia, lpas tu g cabutan undi...
sbnrnya kamsah join pertandingan karaoke( suara unggas) sempena Karnival Alam Sekitar Kolej Antarabangsa Ibu Zain....
hehee...
sblom tu, mmg xnk join pn, tp dh byk yg tanya, byk yg sruh terutamanya bob & borhan..
bdak 2 org tu yg nak sgt tgok sy nynyi...
so, nk jaga hati dorg, akhirnya join jgk la suara unggas tu...
rasa2, dorg tau kowt suara kamsah xsedap...
tp pe salahnya mncuba nasib....
hehee....

nak tau, siap bdak 2 org tu pakat buat poster utk bg sokongan tau...
terharunya...
hehee.....
dorg bole dikatakan pnyokong setia jgk la...
tu yg smpi skg syg ngn dua org ni...

sblom final tu, ad satu saringan yg perlu dilalui( hari sabtu, 14.1.2011)...
mmg tym tu kata org cuak jgk la, sbb first tym masuk pertndingan...sblom ni just karok ngn mbe2 je...
byk yg ckp suara xsedap...
lagi satu, kamsah kena bersaing dgn 17 peserta lain...
dah la suara dorg sedap, vokal mntap, myb dorg ad jgak training kn...
kamsah pla, xprnh pn bt latihan, lagu pn xhafal...
just selalu dgr je kn...
tym tu lagu yg kamsah pilih (hijau bumi tuhan- XPDC.....
mmg lagu tu kata org perlukn stamina jgk la...sbb ad satu tahap, kena nyanyi tros, xde masa nk tarik nafas...
klu Mael XPDC xpe la, suara dia mmg mantap!!!!!....

undi tym saringan tu, dpt no.last....
bgus la, bole tgok dlu persembhn peserta lain...
tp last2 mnyesal pla kn, sbb rata2 peserta bole bwa lagu dgn baik...
tiba la giliran kamsah...
blom lagi naik ke pentas, dh dgr dh suara2 budak2 kolej...
teriak nama kamsah....hehee...
mcm konsert rock dh jadinya....

tym nyanyi tu dtg la pla seorg gadis(aryma),dia naik bagi bunga...
thanx aryma...
tym sampi je kt chorus, mmg xsmpi jgk...
xde stamina kowt...
hehee...
smpi pnonton smuanya gelak jgk...
nth la dorg gelak pasal pe kn....biar la, jnji dh lepas saringan...
klu xlupa, peserta2 tym tu hidir, shahdan, abg wan, bob ktho, bdak dri luar ad 3-4 org jgak la...
mmg kata org suara dorg lagi mntap dri kamsah...

sampai masa pngumuman utk peserta yg layak ke final, tym tu mc klu xsilap abg ijan, felo blok k18d...dia umumkan je nama2 tu, dh 5 nma pserta disebut, nma kita xde pn...
heheheee...
mmg tym tu pasrah je la, mgkn mmg suara xsedap kn...
xpe, jnji rock...

last2, nama peserta ke 7 ,sblom abg ijan sebut nama peserta tu, dia mcm tgok2 kt kamsah je...
hehee....
jeng2, alhamdulillah, kamsah pn layak ke final...
tym tu mmg xsgka kn...
dpt mngalahkn abg wan...
suara abg wan sedap jgak...
dlu tym dinner 2009, dia la nynyi...
mmg dia terkenal jgk la...
smua mbe pn rasa2nya xpercaya....
kamsah masuk final....
heheee...

thanx kpd yg byk mmbantu, sokongan anda adalah penentu kejayaan kamsah...
final akn diadakn kul 2.30 ptg keesokn harinya....

berbalik kpd tarikh 15.1.2011 tu, tym final tu lagi ramai org...
ramai org yg menonton..
tym tu, kmsah mnjdi peserta yg ke 7 buat persembahan....
mmg dlm hati xtrget pape2 pn, sbb finalis pd ptg tu pn mmg mantapkn...
jadi finalis pn dh ckup bersyukur...
dari pserta pertama hgga ke 6 mmg mntap la...
sebaik je nma kamsah diumumkn utk mmbuat persembahan, kdgrn mmbe2 kamsah dh mula sorak2...
kali ni, mmg ramai jgk la brbnding smlm....
tym nak nynyi je, mmg nk buat sehabis baik la berbnding smlm...
tym persembahn tu, syafiq (budak kejut) naik ats pntas bgi bunga kertas....
hehee...
thanx syafiq....
alhamdulillah, lagu yg kamsah bwa tym tu mmg kamsah pn puas hati jgk la...
tny org pn smuanya kata baik brbnding smlm...
skurg2nya kamsah bole bersaing dgn pserta2 lain kn...
nmpk juri pn mmg lyn jgak lagu XPDC tu...
kamsah ikut dressing mcm joey BPR(rock kapak)....
mmg satu kpuasan utk kamsah jgk la sbb smuanya trhibur....
akhirnya masa yg dtgu2 pn tiba...
keputusan pertandingan suara unggas...
Karnival Alam Sekitar(KAS)...

sebelum diumumkn tempat ke pertama hgga ke3, diumumkn dlu persembahan terbaik...
pada masa tu sy sibuk berborak ngn mbe dari kolej rahim kajai...
dia bru blik dri kg....
sygnya dia xnmpk kamsah bt persembahan....

pada masa yg sama, nama kamsah disebut....
dgn keadaan blur2, rupanya kamsah dpt persembahan terbaik...
mmg terkejut jgk la, pe x nye, mmg xsgka pn bole dpt..
just buat persembahn ala2 rockers dlu2....
xsgka pla dpt memikat hati juri...
heheee....
alhamdulillah....
mmg dh dijangka la, peserta yg mnduduki tempat pertama peserta pmpuan...
mmg suara dia sedap la...
kedua, budak msih muda lagi, umo klu xsilap bru 13tahun...
tempat ke3, Alhamdulillah, hafiz zaidi, budak izish, yg bgganya dia duk blok C...
hehee...

mmg kata org kamsah mmg bertuah la hari tu...
pe xnye, pagi dpt lucky draw first prize....
ptg dpt persembahan terbaik suara unggas...
mmg tarikh 15.1.2011 bermakna lah...
pape pn, alhamdulillah...
thanx kpd yg mmberi sokongan....
terutamanya Bob,Borhan, Faris, Syafiq, Zamri, Ihsan, Amar, Amin, Saceh, Syukri, Azwan, Abg usop, En. Danny, budak2 kolej ibu zain, Sorg bdak kolej Rahim Kajai, Abe2 kafe n pling byk mmbantu ajk2 Karnival Alam Sekitar terutama bgi Progrm Suara Unggas trmsuk ajk teknikal n smua la...
terima kasih daun keladi....

nmpaknya dsini je la tamatnya cerita tntg Hari Paling Bertuah part 2...
Hari Bertuah: 15.1.2011 ( menang Lucky Draw & menang Persembahn Terbaik)

p/s: mgkn ad yg meluat mmbacanya, mgkn ad yg suka....
so, mnta maaf awl2 la..
ok...
jgn mrh2, xbaik utk kesihatan..

k la, jumpa di lain masa...
Assalamualaikum wbt.....